APA ITU ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)???
Iskandar Regional Development Authority atau lebih die kenali sebagai IRDA adalah sebuah koordinasi badan berkanun yang telah dilantik oleh kerajaan untuk :1. Merancang
- Perancang kelompok ekonomi
- Mengesyorkan dasar,undang-undang, tindakan dan insentif kepada pelabur
2. Promosi
- Mempromosikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi pelaburan
- Menggalakkan pelaburan swasta dan awam di Iskandar Malaysia
- Menyebarkan maklumat kepada pelabur dan orang awam
3. Kemudahan
- Memantau dan menyelaraskan pembangunan sektor
- Sebagai ejensi kerajaan dalam penerimaan,pemprosesan dan penyelarasan kelulusan yang diperlukan pelabur di Iskandar Malaysia.
Selain itu itu juga dipertanggungjawabkan untuk merialisasikan visi dan objektif ISKANDAR MALAYSIA ke arah sebuah metropolis kukuh,mampan dan bertaraf antarabangsa.
Pada 30 Januari 2013 yang lalu saya bersama-sama dengan 30orang peserta Program Bridging telah berkesempatan melawat Iskandar Regional Development Authority (IRDA) yang bertempat di Danga Bay Convention Center.
Ketibaan kami disana telah die sambut oleh staf IRDA sendiri iaitu En Mohd Yusri kami dibawa terus ke Dewan Seminar IRDA untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang IRDA serta pembangunan Iskandar Malaysia pada masa sekarang dan perancangan masa hadapan.
ISKANDAR MALAYSIA ???
Iskandar Malaysia (IM) yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) adalah koridor pembangunan utama selatan di Johor.Iskandar Malaysia telah ditubuhkan pada 30 Julai 2006.Projek ini telah ditadbir oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan telah dinamakan selepas Almarhum Sultan Johor,Almarhum Sultan Iskandar
Iskandar Malaysia adalah satu menifestasi perancangan untuk membangunkan metropolis dinamik dan bertaraf dunia di selatan Johor yang akan menjadi koridor pertumbuhan utama negara melalui pembangunannya di lokasi strategik di rantau ini.Penduduk yang bergaya saing dan infrastruktur logistik yang mantap.
Dengan keluasan 2,217km persegi Iskandar Malaysia adalah satu projek pembangunan yang besar melangkaui tempoh masa 20tahun.Secara geografinya Iskandar Malaysia meliputi daerah Johor Bahru dan beberapa daerah kecil sekitar pontian.Seluruh kawasan ini dibahagikan kepada 5 nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E.
ZON A ( Bandar Johor Bahru)
- Bangunan Sultan Iskandar (CIQ)- Pantai Lido
- Menara MSC Cyberport
- Danga Bay
ZON B ( NUSAJAYA )
- Kota Iskandar- Puteri Harbour
- Medini Iskandar
- Taman Tema Tertutup
- LEGOLAND Malaysia
- Taman Kesihatan Alfiat
- Taman Perniagaan Setia
ZON C ( Pembangunan Gerbang Barat )
- Hab Petroleum Asia ( APH )- Industri Petrokimia Dan Maritim Tanjung Bin
- Pelabuhan Tanjung Pelepas ( PTP )
- Tapak Warisan RAMSAR Johor
- Stesen Janakuasa Tanjung Bin
ZON D ( Pembangunan Gerbang Timur )
- Pusat Perdagangan Dan Ekspo Asia Pasifik ( APTEC )- Bandaraya Pengetahuan Bandar Seri Alam
- Pelabuhan Johor
- Taman Perindustrian Pasir Gudang
- Hospital Pakar Regency Seri Alam
- Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat
- Pelabuhan Tanjung Langsat
ZON E ( Senai - Skudai )
- Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail- Johor Premium Outlet
- Taman Teknologi Johor
- Taman Perindustrian Sedenak
- Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )
Sesudah mendengar taklimat yang bergitu bermaanfaat dari En Mohd Yusri kami telah dibawa untuk melawat sekitar IRDA.Kami sangat terpukau melihat kecanggihan teknologi IT yang telah diaplikasikan disetiap sudut bangunan. Antara :
1. Skrin sentuh berinteraktif
2. Penggunaan komunikasi melalui poster elektronik.
3. Penggunaan LCD projektor didalam bentuk 3D
4. Paparan game berteraskan pendidikan
5. Penggunaan Teknologi body motion
![]() | |
Skrin Sentuh berinteraktifPenggunaan komunikasi melalui poster elektronik. |
![]() |
Penggunaan LCD projektor didalam bentuk 3D |
![]() |
Paparan game berteraskan pendidikan |
![]() |
Penggunaan Teknologi body motion |
Melihat kecanggihan teknologi maklumat yang diaplikasikan di IRDA terdapat beberapa cadangan yang saya fikirkan tidak mustahil sekiranya maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat dipaparkan di pusat ini,contohnya :
- Menyediakan satu ruang khas untuk memperkenalkan UTM
- Paparan skrin berkaitan krusus-krusus serta bidang-bidang yang ditawarkan di UTM.
- Paparan tentang coretan kejayaan mahasiswa lepasan UTM
- Tayangan video sekitar UTM
Setelah hampir 2jam lawatan sekitar Danga Bay Convention Center (IRDA) banyak ilmu yang bermanfaat yang telah kami timba tentang bagaimana teknologi sangat berkesan didalam manyampaikan maklumat kepada orang ramai.Di akhir lawatan kami telah dijamu dengan minuman petang yang disediakan oleh pihak IRDA sebelum kami berangkat pulang ke UTM.Disini saya ingin mengucapkan jutaan trima kasih kepada semua staf IRDA atas layanan yang cukup mesra.
Prof Madya Dr Mohd Shahrizal Sunar
Iskandar Regional Development Authority ( IRDA )