Cloud Computing atau dengan nama
lain adalah Pengkomputeran awan merupakan satu pembaharuan dalam dunia
IT.Cloud Computing merupakan sistem penyimpanan data peribadi melalui internet
seperti dokumen,gambar,video dan lain-lain.
Cloud Computing terdiri daripada 2 kata iaitu
Pengkomputeran(computing) bermaksud gabungan dari pemanfaatan teknologi
manakala Awan(cloud) pula bermaksud metafora bagi internet.
Cloud Computing berlaku apabila
pengguna mengupload data ke sesebuah website dan data yang telah disimpan iu
dapat diakses dari tempat lain menggunakan komputer,laptop dan telefon bimbit
menerusi sambungan internet.Pengguna tidak perlu lagi memerlukan space atau
hardware lagi tetapi hanya dengan menggunakan internet sahaja semua perisisan
data dapat dicari.
Siapa Memerlukannya ????
- Tidak diketahui siapa dahulu yang memulakan konsep Cloud Computing ini,ianya memag telah lama wujud akan tetapi tidak begitu jelas dimata pengguna.
Terdapat beberapa buah syarikat besar yang menggunakan antaranya :
- Goggle dan IBM (2007)
- Menjalankan projek pengkomputeran awan berskala besar.
- Eucalyptus (2008)
- Menjadi platform sumber terbuka serasi AWS,API pertama untuk melaksanakan cloud computing sulit.Tidak lama selepas itu cloud computing dibentuk sebagai satu servis perhubungan diantara pengguna dan servis IT dimana penjualan dan pembelian berlaku berdasarkan kepada keperluan.Pada tahan lepas Steve Ballmer,CEO Microsoft secara peribadi telah melancarkan konsep cloud computing di neraga ini.Konsep ini telah berjaya menarik minat pengguna untuk mengetahuinya selain dapat memberi banyak manfaat didalam kehidupan harian.
KELEBIHAN
- Kemudahan akses
2. Fleksibiliti- Hampir sama seperti contoh diatas data yang diperlukan tidak perlu lagi disimpan didalam harddisk atau storage computer.Dimana sahaja berada asalkan disambung ineternet pengguna boleh mengakses data kerana berada pada pelayan cloud.3. Penjimatan (tiada pelaburan awal)- Dengan adanya cloud computing membolehkan sesebuah syarikat untuk mengurangkan infrastruktur IT yang pastinya memerlukan pelaburan yang besar baik berupa pelaburan hardware,software mahupun human resourcesnya.4. Mengubah CAPEX menjadi OPEX- CAPEX : Capital Expenditure (perbelanjaan modal)- OPEX : Operational Expenditure (perbelanjaan operasi)- Dengan menggunakan teknologi ini pengguna tidak harus melakukan perbelanjaan modal sebaliknya hanya melakukan pengeluaran operasi.5. Lentur dan mudah dibangunkan- Sesuai dengan 1watak cloud computing iaitu "Rapis Elasticity" maka ia juga merupakan kelebihan pengguna dengan mudah menaikkan dan menurunkan resourse yang dipakai dan ini akan mengurangkan kos yang pengguna keluarkan.6. Fokus pada perniagaan bukan pada IT sahaja- Dengan mempercayai semua pengurusan seputar IT pada cloud service provider maka kita lebih fokus pada perniagaan kita bukan pada pengurusan ITnya.KEBURUKAN
- Akses internet
2. Keselamatan data diragui
- Kerahsiaan dan keelamatan data adalah perkara yang paling diragui.Ini kerana pengguna mempercayai sepenuhnya aas keselamatan dan kerahsiaan data-data kepada syarikat pembekal pelayan cloud computing.Antara contoh sistem pelayan percuma adalah Facebook,Instagram dan sebagainya sekiranya gambar hilang pengguna tidak boleh menuntut kerana pengguna menggunakan perkhidmatan secara percuma.4share,Indowebster,Ziddu adalah contoh syarikat pembekal sewa hosting (server).
3. Pengurusan dan kekeliruan tawaran
- Isu terhadap pengurusan dan kekeliruan pada tawaran pasti timbul apabila terdapat vendor yang menggunakan istilah cloud computing pada produk mereka untuk mengaut keuntungan daripada konsep ini.Ini menimbulkan isu keselamatan dan kepercayaan pengguna memperdebatkan bahawa mereka masih perlu membeli,membina dan mengurus servis cloud serta kurang jelas tentang penggunaan servis secara fizikal.
- Kesimpulanya Cloud computing atau perkomputeraan awan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi sebagai seorang pengguna kita harus bijak memilih serta tidak mensia-siakan kemudahan yang telah disediakan jadi gunalah dengan sebaiknya untuk manfaat kita bersama.
Sumber graf di bawah ini adalah daripada google di mana istilah “cloud computing” semakin diminati dan mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas mari saksikan video ini.
No comments:
Post a Comment