Sunday, March 24, 2013

LAPORAN LAWATAN ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER


APA ITU ISKANDAR REGIONAL DEVELOPMENT AUTHORITY (IRDA)???

Iskandar Regional Development Authority atau lebih die kenali sebagai IRDA adalah sebuah koordinasi badan berkanun yang telah dilantik oleh kerajaan untuk :

1.  Merancang

  • Perancang induk (termasuk perancangan sosial)
  • Perancang kelompok ekonomi
  • Mengesyorkan dasar,undang-undang, tindakan dan insentif kepada pelabur

2.  Promosi

  • Mempromosikan Iskandar Malaysia sebagai destinasi pelaburan
  • Menggalakkan pelaburan swasta dan awam di Iskandar Malaysia
  •  Menyebarkan maklumat kepada pelabur dan orang awam

3. Kemudahan

  • Memantau dan menyelaraskan pembangunan sektor 
  • Sebagai ejensi kerajaan dalam penerimaan,pemprosesan dan penyelarasan kelulusan yang diperlukan pelabur di Iskandar Malaysia.

Selain itu itu juga dipertanggungjawabkan untuk merialisasikan visi dan objektif ISKANDAR MALAYSIA ke arah sebuah metropolis kukuh,mampan dan bertaraf antarabangsa.

   Pada 30 Januari 2013 yang lalu saya bersama-sama dengan 30orang peserta Program Bridging telah berkesempatan melawat Iskandar Regional Development Authority (IRDA) yang bertempat di Danga Bay Convention Center.



    Ketibaan kami disana telah die sambut oleh staf IRDA sendiri iaitu En Mohd Yusri kami dibawa terus ke Dewan Seminar IRDA untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang IRDA serta pembangunan Iskandar Malaysia pada masa sekarang dan perancangan masa hadapan.



ISKANDAR MALAYSIA ???





    Iskandar Malaysia (IM) yang dahulunya dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) adalah koridor pembangunan utama selatan di Johor.Iskandar Malaysia telah ditubuhkan pada 30 Julai 2006.Projek ini telah ditadbir oleh Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan telah dinamakan selepas Almarhum Sultan Johor,Almarhum Sultan Iskandar

   Iskandar Malaysia adalah satu menifestasi perancangan untuk membangunkan metropolis dinamik dan bertaraf dunia di selatan Johor yang akan menjadi koridor pertumbuhan utama negara melalui pembangunannya di lokasi strategik di rantau ini.Penduduk yang bergaya saing dan infrastruktur logistik yang mantap.

   Dengan keluasan 2,217km persegi Iskandar Malaysia adalah satu projek pembangunan yang besar melangkaui tempoh masa 20tahun.Secara geografinya Iskandar Malaysia meliputi daerah Johor Bahru dan beberapa daerah kecil sekitar pontian.Seluruh kawasan ini dibahagikan kepada 5 nod pembangunan yang dikenali sebagai Zon Ekonomi Utama A hingga E.


      ZON A ( Bandar Johor Bahru)

      -   Bangunan Sultan Iskandar (CIQ)
      -   Pantai Lido
      -   Menara MSC Cyberport
      -   Danga Bay

      ZON B ( NUSAJAYA )

      -   Kota Iskandar
      -   Puteri Harbour
      -   Medini Iskandar
      -   Taman Tema Tertutup
      -   LEGOLAND Malaysia
      -   Taman Kesihatan Alfiat
      -   Taman Perniagaan Setia

     ZON C ( Pembangunan Gerbang Barat )

      -    Hab Petroleum Asia ( APH )
      -    Industri Petrokimia Dan Maritim Tanjung Bin
      -    Pelabuhan Tanjung Pelepas ( PTP )
      -    Tapak Warisan RAMSAR Johor
      -    Stesen Janakuasa Tanjung Bin
   

      ZON D ( Pembangunan Gerbang Timur )

     -    Pusat Perdagangan Dan Ekspo Asia Pasifik ( APTEC )
     -    Bandaraya Pengetahuan Bandar Seri Alam
     -    Pelabuhan Johor
     -    Taman Perindustrian Pasir Gudang
     -     Hospital Pakar Regency Seri Alam
     -     Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat
     -     Pelabuhan Tanjung Langsat

     ZON E ( Senai - Skudai )

     -     Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
     -     Johor Premium Outlet
     -     Taman Teknologi Johor
     -     Taman Perindustrian Sedenak
     -     Universiti Teknologi Malaysia ( UTM )

 

    Sesudah mendengar taklimat yang bergitu bermaanfaat  dari En Mohd Yusri kami telah dibawa untuk melawat sekitar IRDA.Kami sangat terpukau melihat kecanggihan teknologi IT yang telah diaplikasikan disetiap sudut bangunan. Antara :
    1. Skrin sentuh berinteraktif
    2. Penggunaan komunikasi melalui poster elektronik.
    3. Penggunaan LCD projektor didalam bentuk 3D
    4. Paparan game berteraskan pendidikan
    5. Penggunaan Teknologi body motion
    


Skrin Sentuh berinteraktif

 

 

Penggunaan komunikasi melalui poster elektronik.




Penggunaan LCD projektor didalam bentuk 3D


Paparan game berteraskan pendidikan



Penggunaan Teknologi body motion

   
   Melihat kecanggihan teknologi maklumat yang diaplikasikan di IRDA terdapat beberapa cadangan yang saya fikirkan tidak mustahil sekiranya maklumat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat dipaparkan di pusat ini,contohnya :
 -  Menyediakan satu ruang khas untuk memperkenalkan  UTM
 -  Paparan skrin berkaitan krusus-krusus serta bidang-bidang yang ditawarkan di UTM.
 -  Paparan tentang coretan kejayaan  mahasiswa lepasan UTM 
 -  Tayangan video sekitar UTM
 

   Setelah hampir 2jam lawatan sekitar Danga Bay Convention Center (IRDA) banyak ilmu yang bermanfaat yang telah kami timba tentang bagaimana teknologi sangat berkesan didalam manyampaikan maklumat kepada orang ramai.Di akhir lawatan kami telah dijamu dengan minuman petang yang disediakan oleh pihak IRDA sebelum kami berangkat pulang ke UTM.Disini saya ingin mengucapkan jutaan trima kasih kepada semua staf IRDA atas layanan yang cukup mesra.


Prof Madya Dr Mohd Shahrizal Sunar

 Iskandar Regional Development Authority ( IRDA )











ETIKA PROFESSIONAL DI ALAM MAYA

Klink disini untuk  SLIDE


Dr Mohd Shahrizal Sunar    

Faculty of Science

Saturday, March 23, 2013

Laporan Ringkas Krusus Peralihan Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains Tahap 1 Siri 2

      Setelah berakhirnya Bridging program Tahap 1 Sesi 1 dengan rata-rata semua peserta menunjukkan keputusan ujian yang memberangsangkan maka pada 29 Januari 2013 bermulalah  kembali Program Bridging Tahap 1 siri 2 pula.Krusus kali ni diadakan di Bilik Seminar 2,Pusat Latihan UTM bermula seawal 8.00pagi sehingga 6.15petang.Krusus ini bermula pada 29 Januari 2013 sehingga 4 March 2013 adalah anjuran Bahagian Pembanggunan Modal Insan,Pejabat Pendaftar (HCD).
        
        Objektif utama progaram bridging ini adalah :-
  • Untuk mengukur kesesuaian seseorang pembantu makmal dari segi potensi untuk menjawat jawatan didalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.
  • Untuk menguji kemahiran seseorang pembantu makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas harian yang dijalankan.
  • Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)
      Terdapat 5 teras aliran pelajaran iaitu :
  •  Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Geologi 
  • Teknologi Maklumat

     KIMIA

       


     Nama Pensyarah    : Prof  Madya Dr Abd Rahim Bin Yacob
    Jabatan/ Fakulti      : Jabatan Kimia ,Fakulti Sains
                   Email            :  abd.rahim@utm.my
        Sambungan            : 34505




  Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan dengan gabungan mata pelajaran kikia utama iaitu asas kimia Tak Organik,asas kimia fizik,asas kimia analisis dan asas kimia organik.Asas kimia tak organik dan kimia analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom,siri spektrum,teori atom Bohr,formula molekul,konsep mol dan kepekatan larutan,jadual berkala,ikatan kimia dan stoikiometri.Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas,hukum-hukum gas,gas sahih,teori kinetik gas,keadaan cecair,sifat cecair,keadaan pepejal.Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik,ikatan,formula struktur dan keinsomeran.
  Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang pengurusan makmal dan keselamatan makmal yang merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut :
  • Good Laboratory Practic
  • Introduction To 5S
  • Quality Managment System
  • Safety Operating System
  • Hazard Identification ,Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)
  • Material Safety Data Sheet (MSDS)

FIZIK 

 

Nama Pensyarah  : Prof Dr Karim Bin Deraman
Jabatan /Fakulti    : Jabatan Fizik ,Fakulti Sains 
        Email              : Karimd@utm.my
   Sambungan          :  34091




   Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas,kuantiti terbitan,simbol dan unit SI.Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas,kejituan,kepekaan,kepersisan,sisihan relatif dan ralat juga diperkenalkan.Disamping menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal,cecair,gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga iaitu merujuk kepada tenaga kinetik,tenaga keupayaan dan sumber-sumber tenaga.
  Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang konsep dinamik yang memberi pendedahan tentang jisim dan inersia,daya dan geseran termasuk hukum-hukum gerakan Newton sertamomentum dan keabadiam momentum.Pengenalan asas tentang topik keradioaktifan dan isotop turut diperkenalkan.

BIOLOGI



 Nama Pensyarah  :  Dr Alina Binti Wagiran
           Jabatan      :  Jabatan Bioteknologi Industri ,
            Fakulti      :   Fakulti Biosains &  Biokejuruteraan   
             Email       :   Alina@utm.my
     Sambungan     :   34498











Nama Pensyarah : Dr Fadzilah Binti Abd Manan
       Jabatan         :  Jabatan Bioteknologi Industri ,
        Fakulti         :   Fakulti Biosains &  Biokejuruteraan
        Email           :   Fazilah@FBB.utm.my
     Sambungan    :   32717






  Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang pengetahuan biologi asas.Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali.Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan,fotosintesis dan respirasi,pengkhususan dan perkembangan sel,genetik pewarisan dan molekular dan juga genetik populasi.
  Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang kumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada 3jenis kumpulan iaitu Eukariot,Arkea dan prokariot iaitu tentang kepentingan dan kehidupan mereka.

GEOLOGI



Nama Pensyarah : Prof Dr Radzuan Bin Junin 
Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Petroleum Dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
 Email  : R-Razuan@utm.my
Sambungan :  35732




 Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang konsep batuan,mineral dan fosil,pembentukan 3jenis batuan utama iaitu batuan igneus,batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan,pengenalpastian dan pengurusan inventori batuan.
  Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang sedimentologi dan stratigrafi,proses luluhawa,hakisan,pengendapan dan angkutan.

TEKNOLOGI MAKLUMAT



Nama Pensyarah : Prof Madya Mohd Shahrizal Bin Sunar
       Jabatan         :  Jabatan Grafik Komputer & Multimedia,
        Fakulti         :   Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
         Email          :   Shahrizal@utm.my
      Sambungan   :   32321






Krusus Teknologi Maklumat kali ini memperkenalkan aplikasi Microsoft Office seperti words,exel dan powerpoint disamping menyentuh tentang etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan.Melalui aplikasi Microsoft office penggunaan asas seperti membuka dan mencipta dokumen,penyimpanan dokumen,setting halaman,pengendalian dan memformat teks dan paragraf,pengendalian grafik,merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan persembahan dokumen tersebut melalui slaid telah dibincangkan.Selain daripada itu pencarian maklumat melalui search enjin,komunikasi melalui blog dan forum,chat seperti skype dan yahoo messenger,social networking seperti facebook dan twitter dan email seperti gmail dan hotmail juga telah diketengahkan.Sebagai pengguna ICT,krusus ini juga menekankan isu-isu pemilikan dan hak cipta perisian,keselamatn melalui ancaman virus,worm dan trojan horse,salahlaku dan penggodaman rangkaian internet dan komputer.Perserta kursus turut didedahkan dengan sistem dropbox serta penghasilan blog.





Prof Madya Dr Abd Rahim Bin Yacob

Dr Alina Binti Wagiran

Dr Fadzilah Binti Abd Manan

Prof Madya Dr Mohd Shahrizal Bin Sunar 

Fakulti of Science